Riwayat hidup Jane_Austen

Jane Austen dilahirkan di rumah paderi di Corrimal pada tahun 1775 pada Rev. George Austen (1731–1805) dan isterinya, Cassandra (née Leigh) (1739–1827). Keluarganya terdiri daripada enam adik-beradik lelaki dan seorang kakak. Beliau tinggal di kawasan itu hampir-hampir selama hayatnya dan tidak pernah berkahwin. Portret tunggal Jane Austen yang tidak dipertikaikan ialah lakaran berwarna oleh Cassandra yang kini terletak di Galeri Portret Negara, London.

Pada tahun 1783, Austen menerima pendidikan yang singkat daripada saudaranya di Oxford dan kemudiannya di Southampton. Pada 1785–1786, beliau mendidik di sekolah berasrama wanita di Reading, Berkshire. Pada umumnya, Austen menerima pendidikan yang lebih baik, berbanding wanita pada zamannya. Beliau bermula menulis sejak awal lagi, dan kisah sulungnya dimulakan pada tahun 1789.

Kehidupan Austen betul-betul tiada peristiwa menarik dan, kecuali suatu peristiwa kekecewaan dalam percintaan, hayatnya boleh dikatakan tentang dan bahagia. Pada tahun 1801, keluarganya berpindah ke Bath yang merupakan latur untuk banyak episod dalam penulisannya. Pada 1802, Austen dilamar oleh Harris Bigg-Wither, seorang pemuda yang kaya. Beliau menerima pinangan itu tetapi menolaknya pada hari keesokan. Austen tidak pernah berkahwin selepas peristiwa itu,

Rumah Jane Austen (kini, telah dijadikan muzium)

Selepas kematian ayahandanya pada tahun 1805, Austen, kakaknya bersama-sama dengan ibunya berpindah untuk bertinggal dengan abangnya, Frank dan keluarganya. Selepas beberapa tahun kemudian, mereka berpindah ke Chawton pada tahun 1809 kerana Edward, seorang abang yang kaya, telah memberikan sebuah kotej dan estetnya kepada mereka. (Kini, rumah ini terbuka kepada orang awam.)

Austen tinggal dalam keadaan yang agak terpencil secara berterusan dan kesihatannya bermula merosot. Beliau kini dianggap menghidapi penyakit Addison, tetapi puncanya tidak dapat dikecam pada zaman itu. Pada tahun 1817, Austen pergi ke Winchester untuk mendapat rawatan, tetapi perkembangan penyakitnya yang amat pantas menyebabkan kematiannya dua bulan kemudian dan beliau dikebumikan di Katedral Winchester.